Reason merupakan majalah libertarianisme yang diterbitkan setiap bulan di Amerika Syarikat oleh Khazanah Reason.[1] Majalah ini mempunyai sebanyak 50000 pembaca dan disenaraikan sebagai antara 50 majalah terbaik pada tahun 2003 dan 2004 oleh Chicago Tribune. Reason diasaskan pada tahun 1968 oleh Lanny Friedlander, seorang pelajar di Universiti Boston, sebagai sekadar terbitan berdakwat bulanan. Pada tahun 2017, majalah Reason mula mengehoskan Volokh Conspiracy, iaitu blog yang ditulis profesor perundangan libertarianisme dan diketuai Eugene Volokh, tetapi sebelum ini, blog ini dihoskan oleh Washington Post.